Showing posts with label PETUA MODEN VS TRADISIONAL. Show all posts
Showing posts with label PETUA MODEN VS TRADISIONAL. Show all posts

PETUA HILANG JERAGAT



PETUA TERCEKIK TULANG

PETUA TERCEKIK TULANG 

 1. Nasi atau pisang : 
Kepal-kepalkan nasi atau pisang dan terus telan. Sebaiknya baca bismilah dan 3 qul dan bertawakal sambil makan pisang atau nasi kepal. 

 2. Madu : 
Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akam terkeluar. 

 3. Air basuhan tangan kita : 
Caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tu. InsyaAllah mujarab dengan izin Allah. 

 4. Minyak masak : 
Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak, sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan beransur-ansur reda.

 Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.


PETUA HILANGKAN SENGGUGUT

Petua 1: Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.

Petua 2: Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 3: Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 4: Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Caranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid

Petua 5: Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna - ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Petua 6: Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

Petua 7: Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.

Petua 8: Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.

Petua 9: Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.

Petua 10: Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Petua 11: Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

Petua 12: Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang. Anda juga boleh mengambil Set Senggugut Shaklee untuk mengatasi masalah senggugut yang anda hadapi.

 Berminat untuk mencuba set ini?



Hubungi saya segera untuk mendapatkannya dengan harga istimewa

PUAN NORSALIZA ISMAIL
Call/sms/whatsapp/Viber/wechat: 012-9395449
Facebook: sallyza mann

like page ini terlebih dahulu ye..(^_^)
Fanpage: produk cepat hamil- page
linkhttps://www.facebook.com/pages/Produk-cepat-hamil-page/168559016653470?ref=ts&fref=ts
emel: one_leeza@yahoo.com
Shaklee ID: 965964

petua putih dan kuat GIGI


Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. 
Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. 
Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur. Amalakan setiap hari. 
Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.

petua - hilangkan pecah pada tumit kaki



alamakkkkkk.....

  tak comel kan kaki macam ni...muka da makeup cantik2 da pakai produk itu ini..tibe2 kaki lak macam ni gaya...sakit taw..dulu liza hampir2 juga nak jadi gini sbb xjaga la,main redah je semua..nasib baik cegah awal2 makan produk dan amalkan petua2 di bawah sikit2...alhamdulillah skrg da ok....selamat tinggal retak2 tu..eeeww law tak jaga mesti susah nanti tua lg parak..tapak kaki law nak guna kertas pasir asah..susah la..hihihi..nak2 yg perempuan,xmo...xmo...  


Tumit kaki pecah? 
Cubalah mana-mana petua di bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.

 *1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.


 *2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

*3) Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

 *4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

 *5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

 *6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

 *7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

 *8) Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukanpada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.

 *9) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

 *10) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

 *11) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

 

Copyright © SALLYZA MANN . BLOGSPOT.COM. Designed by Whitey Mommy