JERAWAT?????

hai...assalamualaikum...malam ni rajin nak update blog...emmm lama juga xupdate blog ni...nak story morry sikit sal jerawat pulak...jeles tengok muka orang kan yg xde tumbuh jerawat tu...suwiiittt je tgok kulit diorang kan...xpe2 arini nak kongsi tip,kesan,cara cegah dia..musuh ketat kita la tu...punca jerawat ada banyak faktor



 Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.

 1.Perubahan hormone Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku. 

2.Tekanan (Stress) Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:

  • Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
  • Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
  • Jadual seharian yang sangat ketat
  • Merokok, pengambilan dadah


Tekanan emosi

  • Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
  • Buli
  • Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
  • Kerja /study yang banyak 


 3.Pemakanan Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu, belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

 4.Toksin Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab. 

6.Allergic atau alahan Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

 7. Perubahan biologi badan Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

 8.Persekitaran & Pencemaran Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

 9.Jangkitan pada kulit & Resdung Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.

 10.Faktor Cuaca Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

                              KEDUDUKAN JERAWAT YANG PERLU KITA KETAHUI

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

 DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

 PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

 PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

 PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

 Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tp kulit muka tiada masalah tp lebih baik jika kita tahu apa yg ada d luaran skrg dtgnya dr dalaman supaya kita dpt mengambil berat masalah dalaman tersebut.

MASAK LEMAK NENAS DAN IKAN MASIN

SALAM...arini husband xde umah..nak keluar pun sangat la malas...so masak je apa yg ada dalam peti..hehe biar la simple asalkan kena dengan tekak sudah la..hehe...so arini rajin nk syer2 ngn korang resepi...emm sebenarnya gambar ni pun google je..xsempat nak ambil gambar pun..hahaha..da licin baru nak ingat...emmm....so cepat ambil pen dan kertas...mula2....(chewahhhh konon2 la pandai sgt)..



 Bahan-bahan ( 3-4 org ) 

  • 1/2 biji nenas (kulit masih hijau) kupas & hiris nipis 
  • 4 ketul ikan kurau campur isi dan tulang (direndam sekejap dan toskan) 
  • 2 cwn santan 
  • 2 biji bawang merah ditumbuk lumat 
  • 5 biji cili padi ditumbuk (boleh tmbh jika suka pedas) 
  • 1 btg serai diketuk 3 inci kunyit hidup ditumbuk (3/4 sudu teh serbuk kunyit) 
  • 1 keping asam gelugor
Cara-cara 

  • Satukan santan, serai, bawang merah, cili padi dan kunyit yg sudah ditumbuk ke dalam periuk dan masak atas api sederhana 
  • Sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak sehingga mendidih. 
  • Kemudian masukkan ikan kurau, nenas dah asam keping Masak lagi dalam 3-4 minit dan tutup api. 
  • Kemudian rasa kuah jika kurang masin boleh tambah sedikit garam 
  • Sedia utk di hidang..
haaaa...kan da jadi..dah tu apa lg...jgan tgu lagi...jom makan...bismillah(baca doa makan dulu..)

ayat 1000 dinar

KHASIAT DAN MANFAAT

mengapa pilih FIRMAX3



Wanita dan masalah tiroid ? 
 TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian 
hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. 
Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua 
bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. 

 Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. 
Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. 
Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah. 

* Kelenjar tiroid 
 Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. 
Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). 
Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi-fungsi 
badan yang dipanggil metabolisma. 
Meningkatnya hormon-hormon ini bermakna metabolisma badan meningkat 
dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan. 
Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan. 
Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. 
Apabila hormon tiroid banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku. 

 * Diagnosis penyakit tiroid 
 Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga rungutan tertentu yang boleh digunakan untuk diagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur. Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan. Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid. 

 * Penyakit hipotiroidisma 
 Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma. Lazimnya, penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan. 

 Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma (rujuk pada intisari makanan yang mempunyai kandungan iodin). Simptom hipotiroid dengan perlahan-lahan akan dirungutkan dan sebab itu juga anda mungkin tidak mempunyai rungutan berbulan-bulan dan juga mungkin bertahun-tahun lamanya walaupun menghidap penyakit hipotiroidisma. Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan. Hormon tiroid akan diberikan kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya. Hypothyroidism dan Hipertiroidisime adalah dua keadan utama yang mempengaruhi kelenjar tiroid dan adalah ganguan mana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan jumlah hormon tiroid yang mencukupi.apabila kelenjar tiroid tidak aktif menyebabkan kadar metabolisme juga menurun , ini menyebabkan tenaga menurun ,peningkatan berat badan, obesity ,osteoporosis dan penyakit jantung 

 P/S FIRMAX3 
- Setiap penyakit atau masalah kesihatan yang dialami oleh seseorang dalam tempoh yang lama menyebabkan sel tidak mampu melalui proces penyembuhan semulajadi dengan segera kerana metabolisme yang kurang aktif .

FIRMAX3 mampu mencegah masalah tiroid kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisme .ini membolehkan peningkatan pengeluaran hormon tiroid dan mengaktifkan metabolisme dgn kaedah terapi sapuan dibawah leher .


MASALAH RESDUNG? 
 - Selalu bersin diwaktu pagi . 
- Hidung selalu tersumbat. 
- Rasa gatal disekeliling muka dan hidung. 
- Rasa kahak yang banyak dikerongkong . 

 MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT . 
Lebih kurang macam itulah kata-kata yang selalu kita dengar. RESDUNG !!! (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Apa dia punca resdung ni?? 
Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. 

Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. 
 Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 

 P/S FIRMAX3 Membantu melancarkan peredaran darah diwajah , membantu mengurangkan alahan .Bahan aktifnya bertindak sebagai pencegah jangkitan dan anti fungus . 

 Rawatan : sapu sedikit firmax3 dititik akupuncture disebelah hidung ,buat sedikit urutan dgn kaedah memusing . Dalam beberapa minit akan rasa perubahan ,ruang hidung akan merasa lega dan penafasan menjadi lebih baik .Merasakan seperti udara yang masuk dengan sepenuhnya .Dalam beberapa hari bersin ,rasa gatal ,kahak ,dan hidung tersunbat akan hilang . 

 FIRMAX3 Dengan formulasi sempurna diakui sebagai pemulih hormon semulajadi yang terbaik ,bintang baru dunia perubatan yang lebih afectif dan berkesan .juga sebagai pencegah jangkitan ,menukar phythormone ,mengimbangi metabolisme ,antioksida dan merehatkan otot .


MASALAH SISTEM PERANAKAN WANITA 
? JANGAN BERSEDIH !! . . . . . 

 ANTARANYA : 
 . HAID TIDAK TERATUR
. SENGUGUT TERUK .
 CYST & FIBROID .
ENDOMESTRIOSIS .
MASALAH SUKAR HAMIL .
MASALAH KESUBURAN .
MASALAH KEGUGURAN 

 Sistem peranakan wanita terdiri daripada rahim ,serviks ,ovari serta saluran peranakan . 
 Namun ovari dan rahim merupakan dua bahagian dalam system tersebut yang paling selalu mengalami ganguan seperti fibroid ,cyst atau sista ovari dan edenomiosis . 
 Sakit sengugut yang melampau boleh dikatakan antara tanda-tanda wanita mempunyai masalah serius pada sistem peranakan mereka . 
 Kegemukan merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi lambat atau berpanjangan. Keadaan ini sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan Masalah diatas kebanyakannya berpunca dari masalah ganguan hormon didalam badan wanita itu sendiri . 

 PENEMUAN TERBARU FIRMAX3 
dlm dunia bio-perubatan dan terapi hormon terbaik diakui sebagai penstabilan hormon sempurna dengan formulasi terbaik yang diakui sebagai pemulih hormon semulajadi yang lebih efektif dan berkesan yang dapat membantu mengatasi dan mencegah berbagai masalah dalaman dan peranakan wanita . 



FIRMAX3 DAN RAWATAN PAYUDARA . 
KEBANYAKAN WANITA INGINKAN PAYUDARA YANG SIHAT DAN MENARIK . RAWATAN PAYU DARA . 

SAPU FIRMAX3 DENGAN HUJUNG JARI TELUNJUK TANGAN KIRI DAN SAPUKAN KE BAHAGIAN PANGKAL PAYU DARA SEBELAH KIRI ARAH ATAS SEHINGGA CREAM RATA . . LIHAT BEZA ,DALAM BEBERAPA SAAT PAYU DARA KIRI AKAN LEBIH GEBU ,KEDUDUKANYA KEATAS 2 CM ANTARA PAYU DARA KANAN . . 

UNTUK KESEIMBANGAN SAPU DIKEDUA-DUA BELAH PAYU 
DARA ANTARA KIRI DAN KANAN 

 KEBAIKKAN FIRMAX3 UNTUK PAYU DARA .
 PAYU DARA AKAN LEBIH GEBU DAN TEGANG . .
 MENCEGAH KANSER PAYU DARA . . 
MELANCARKAN PEREDARAN DARAH DIPAYU DARA . 
MENCERAHKAN PUTING PAYU DARA . 
MELANCARKAN PENGELUARAN SUSU BADAN UNTUK WANITA MENYUSUKAN BAYI .

 FIRMAX3 MEMBANTU MENGEKALKAN KECANTIKAN PAYUDARA WANITA DAN MEMBUATKAN WANITA ITU BANGA DENGAN PENAMPILANNYA .


MASALAH JERAWAT ? PERMASALAHAN HORMON DAN JERAWAT .

 Punca masalah jerawat memang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai elemen dan salah satu daripadanya ialah hormon yang dihasilkan oleh tubuh penghidap masalah jerawat itu sendiri. 

Walaupun jerawat bukanlah sejenis penyakit yang boleh membahayakan nyawa, tetapi untuk perkongsian kali ini, saya akan menerangkan kepada anda bagaimana hormon boleh menyebabkan berlakunya masalah jerawat ke atas anda. Pertumbuhan jerawat pada kulit terutamanya di muka boleh menyebabkan penghidap menjadi kurang berkeyakinan dengan penampilan dirinya sendiri. 
Namun salah satu punca penyebab jerawat datangnya dari tubuh penghidap itu sendiri. Dan untuk pengetahuan anda, walaupun remaja yang selalu mengalami masalah hormon tidak stabil disebabkan proses tumbesaran, ketidakseimbangan hormon juga berlaku kepada orang dewasa. 
 Secara umumnya, pertumbuhan jerawat berpunca daripada pengeluaran hormon androgen yang menstimulasikan kelenjar Sebaceous dan menyebabkan kelenjar tersebut membesar atau mengembang. Penghasilan hormon androgen menghasilkan sebum yang menjadikan kulit kita lembut dan kalis air. Dan menurut artikel-artikel lepas, sebum yang terkumpul dan tersumbat di dalam liang roma kulit akan dijangkiti bakteria dan sel kulit mati. 

Maksudnya, lebih banyak sebum yang dihasilkan oleh hormon androgen, lebih tinggi potensi untuk kulit seseorang itu ditumbuhi jerawat. Apabila peningkatan pengeluaran hormon androgen berlaku, kelenjar Sebaceous dan lapisan kulit di dalam liang roma turut berubah. Remaja lelaki dan perempuan yang mengalami perubahan hormon juga akan berganti kulit dengan kerap sewaktu akil baligh. Dalam tempoh inilah kita kerap jumpa remaja yang mengalami masalah jerawat sama ada serius atau tidak. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bukan remaja sahaja yang mengalami masalah jerawat, orang dewasa juga mempunyai peluang untuk menghidap penyakit kulit berjerawat ini. 

Namun, bagi orang dewasa, masalah ketidakseimbangan hormon ini berlaku secara sementara dan tidak berlarutan dalam jangka masa yang lama tetapi masih berpotensi untuk terpaksa mendapatkan rawatan ke atas masalah jerawat tersebut. 

Antara masalah lain yang turut menyebabkan ketidakseimbangan hormon kepada orang dewasa ialah: 
1. Pertumbuhan semula jerawat buat pertama kali setelah 
sekian lama kulit tidak berjerawat boleh disebabkan oleh PMS, Peri Menopause dan juga Menopause. 
2. Kelainan pengeluaran hormon dalam tempoh kehamilan 
atau sewaktu kitaran menstrual. 
3. PCOS ( Polycyctic Ovarian Syndrome ) dimana pesakit mengalami 
masalah petumbuhan atau keguguran rambut, kulit di sekeliling ketiak atau lipatan-lipatan kulit pada
 tubuh menjadi lebih gelap, dan kegemukan pada kawasan perut 
 Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan keadaan tekanan emosi dan psikologi yang kronik yang boleh dirawat dengan beberapa kaedah. 

 p/s FIRMAX3 formulasi sempuna dan diakui sebagai pemulih hormon semulajadi terbaik .bintang baru dunia bio-perubatan yang lebih efectif dan berkesan .kandungan istemewanya diketahui mengimbangi pengeluaran hormon secukupnya untuk menghindari jerawat dan kesihatan serta kehidupan yang sempurna .juga sebagai pencegah jangkitan ,menukar phytohormone,mengimbangi metabolisme ,antioksida dan merehatkan otot firmax3 juga membantu menghindarkan jerawat ,menghalus serta melembutkan kulit wajah selembut sutera.


KAITAN TIDUR ,HORMON DAN KECANTIKAN ? 
 Kebaikan Tidur Yang Cukup .... Tidur yang cukup amat penting kerana ia menenangkan fikiran ,merehatkan tubuh, mengembalikan ,semula tenaga serta semangat baru ,mengurangkan stres dan mengelakan sakit kepala.Lebih 30 juta individu diseluruh dunia mengalami masalah berkaitan tidur kesan kehidupan moden . Menurut Pengarah Sleep Disorder Centre St Boniface Hospital ,Reasearch Centre Univesity Of Manitoba Dr Meir Kryger ,gaya hidup mempengaruhi masa dan kualiti tidur seseorang .Tinjauan National Sleep Foundition Amerika Syarikat membuktikan kekurangan tidur dikalangan individu boleh membawa kepada kesan :- 
1. Penurunan pekerjaan 
2. Kemalangan 
3. Masalah emosi 
4. Stres 
5. Kemarahan melampau 
6. Masalah penyakit jantung ,Diabetes dan Obesiti 
7. Sel-sel otak mati 
8. Mengangu metabolisme dan hormon badan. 

 Masalah tidur ,hormon dan kecantikan . Ketika tidur tubuh akan memusatkan sebahagian besar tenaga untuk proces penyerapan dan asimilasi zat makanan ,pembaharuan sel serta detoksifikasi .kekurangan masa tidur mengangu semua proces diatas dan metabolisme tubuh . 

Sewaktu tidur berlansung, aktivity hormon yang membolehkan sistem tubuh berkerja secara sinergi sehinga membuatkan tidur sangat bermanafat bagi penyembuhan dan keremajaan diri . Hormon melatonin yang dikenali sebagai hormon tidur menghantar manusia kefasa tenang ,manakala hormon serotonin yang menyebabkan kemengantukan befungsi untuk melindungi sel-sel agar tidak dipengaruhi hormon kortisol yang menyebabkan stres . Serotonin juga mampu meningkatkan sentiviti hormon insulin yang bertangungjawab mengawal gula dalam darah sekali gus mengawal diabetis ,obesiti ,ganguan ginjal dan jantung . 

Human Growth Hormone yang lazimnya akan dikeluarkan sekitar jam dua hingga empat pagi memberikan sfek positif kepada individu berusia .kehadiran hormon ini berupaya mengantikan sel-sel kulit yang menua dan mengembalikan keremajaan kulit seterusnya menjadikan individu yang memiliki tidur berkualiti menjadi awet muda . 
Kualiti tidur juga memberi kesan kepada keadan mental dan psikologi kita .Dr Sean Drummond dari Univestity Of California menjelaskan tidur yang membantu daya pemikiran yang lebih baik ,daya kemampuan kognitif ditingkatkan ,menyembuhkan serta mempertahankan kesihatan dan mengekalkan awet muda . 

 P/s FIRMAX3 sebagai penstabil hormon yang sempurna dengan formulasi terbaik dan diakui sebagai pemulih hormon semulajadi yang terbaik. bintang baru dunia kecantikan dan bio-perubatan .Dengan hanya satu sentuhan terapi hormon akan membuatkan anda lebih tenang ,mendapatkan tidur yang berkualiti disampaing mengekalkan kejelitaan dan keremajaan kulit untuk kehidupan yang lebih sempurna.

surah al- waqiah ( surah kekayaan )

Surah Al-Waqiah 
adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, 
terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat.
 Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

dengar sini ye kawan2..




Al-Waqiah Surah Kekayaan 
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih. 
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda: 
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada. 

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.” . 

2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” 

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi) 

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) 

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

. Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

 Khasiat Surah Al-Waqiah 

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain: .
1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenanganselama-lamanya.
2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka diadijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:

  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. 
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya. 
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali. 
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. 
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. 
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh. .

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya. .

1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.

Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti. Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

Solat sunat dhuha


Solat Sunat Dhuha 
boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT
atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. 
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa
keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. 
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat
kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan
~ puasa tiga hari tiap bulan, 
~ dua raka’at Dhuha dan 
~ Witir sebelum tidur.
” Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. 
Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah.
Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.
” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud) .

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat. 
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.
” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani) . . .

Waktu Solat Dhuha Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi). .

 1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam) 
 2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi \

Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala" 


3). Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah: . 
~~>. Solat sunat Dhuha dua rakaat: 
*Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau; 
* As-Syams dan Ad-Dhuha. atau; 
*Al-lail dan Al-Insyirah. . 

~~>. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat; 
* Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha. 
* Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas . . 


Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat


terjemahan di dalam rumi 
Allahumma innadh Dhuha~a Dhuha~uka, 
 Wal bahaa~a bahaa~uka 
Wal jamaala jamaaluka 
Wal quwwata quwwatuka 
Wal qudrata qudratuka 
Wal ishmata ishmatuka 
Allahhuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu 
Wa inkaana fil ardhi fa~akhrijhu 
Wa inkaana mu'asaran fayassirhu 
Wainkaana haraaman fathahhirhu 
Wa inkaana Ba'idan fa qaribhu Bihaqqiduhaa~ika 
wa bahaaika 
Wa jamalika 
wa quwwatika 
waqudratika Aatini maa ataita 
'ibaadakash shalihin

Maksudnya
 Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

~Fadhilat Solat Dhuha ~
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.” Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani) Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

 

Copyright © SALLYZA MANN . BLOGSPOT.COM. Designed by Whitey Mommy